pengakap

pengakap

June 28, 2013

aku sakit pinggang

Aku sakit pinggang sangat-sangat... gara-gara aku work out untuk pinggang aku... lain pula jadinya.. pinggang aku sakit dua hari.. kak zila macam tak suka aku tinggal dengan rudi kat kampung nie.. ya lah.. aku kena basuh pinggan..pinggang aku nak patah.. aku kemas rumah lagi... aku rehat kejap je kat depan tv.. tapi adik aya suruh aku tolong kak long masak.. terpaksa la aku tolong... dah macam orang gaji pula aku nie... tolong... aku nak cepat balik...

April 30, 2011

resepi nasi goreng daging merah



BAHAN-BAHAN

NASI GORENG.

3 BIJI BAWANG PUTIH

CILI PADI (IKUT SUKA)

2 BTG CILI HIJAU

IKAN BILIS(IKUT SUKA)(BAHAN INI DI KISAR HALUS)

1 BIJI TELUR

1 BIJI BAWANG DI HIRIS

GARAM DAN PERASA

MINYAK


CARA-CARANYA

PANASKAN MINYAK DAN TUMIS BAHAN KISAR HINGGA GARING,

MASUKKAN TELUR,GARAM DAN PERASA.MASUKKAN SAYUR CAMPUR JIKA SUKA DAN BAWANG HIRIS.GORENG HINGGA NASI DAN TELUR KELIHATAN KERING SEDIKIT.


DAGING MASAK MERAH

BAHAN-BAHANNYA

1 CAWAN DAGING YANG DI REBUS MERAH

SEDIKIT HALIA,

BAWANG BESAR,

BAWANG PUTIH DI HIRIS

CILI MERAH DAN CILI HIJAU DI POTONG MEMANJANG

3 SUDU SOS CILI

3 SUDU SOS TOMATO

3 SUDU SOS TIRAM

GULA,GARAM SECUKUP RASA

MINYAK

CARA-CARANYA

PANASKAN MINYAK DAN TUMISKAN BAHAN YANG DI HIRIS.BILA DAH LAYU MASUKKAN KETIGA-TIGA SOS,GULA,GARAM DAN CILI.JIKA SUKA MANIS LEBIHKAN GULA.SELAMAT MENCUBA.

resepi nasi ayam













NASI AYAM

Bahan

1 ekor ayam [potong 2]
4 tin susu beras AAA ( me guna beras biasa je)
5 ulas bawang putih[ketuk]
2 inci halia[ketuk]
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
1 s/b kicap cair
2 helai daun pandan[disimpulkan]


Sayuran
Daun salad
timun
tomato
daun sup & daun bawang[racik]
bawang goreng
garam secukupnya

Sos Cili
10 biji cili merah
2 ulas bawang putih
2 s/b cuka atau jus limau nipis
gula & garam secukupnya

Cara membuat

Rebuskan ayam dalam periuk besar supaya tenggelam dengan halia, b/putih, k/k/manis, b/lawang, b/cengkih dan b/pelaga.
Bila sudah mendideh angkat dan toskan ayam.
Lumurkan kicap cair pada ayam dan bakar dalam oven pada suhu 180'C selama 20 minit. [Boleh juga gorengkan dalam minyak yg banyak sehingga masak]
Ambil 5 tin susu air rebusan ayam dan masukkan dalam rice-cooker. Masukkan beras dan daun pandan. Masakkan beras saperti masak nasi biasa.
Air rebusan yg lebih tadi masukkan garam & carrot dan biarkan mendideh. Sekiranya nampak sikit bolehlah tambahkan air supaya dapat seimbangkan dengan hidangan nasi.
Sediakan bahan cilli sos dan kisar. Rasakan masin & masam dan manisnya.
Sayur dipotong kecil।
Ayam dipotong kecil.
Hidangkan dalam pinggan bersama nasi dan sup yg telah dimasukkan daun sup & bawang serta bawang goreng
SELAMAT MENCUBA~!

February 28, 2011

persembahan caklempong untuk majlis konvokesyen kali ke 7 di politeknik sultan azlan shah pada 28/2/2011

pada awal pagi pukul 8pagi, aku dah bersiap-siap untuk pegi breakfast.. dapat makan percuma.. best3... pagi tu aku makan ape ek... emm.. makan mee goreng dengan kuih apam kopi.. sedap3... air pulak air teh.. panas3.. huhu... lepas tu kitorang siap2 nak touch up make up.. fatin , sarah, mira dengan pika la nak touche up make up.. aku tak payah nak touche up.. make up dah tebal.. huhu.. pagi tu baru kelam kabut nak pakai samping dengan crown.. memang lambat r pergi dewan tu.. pn wahida bengang jer... pukul 9 sepatutnya ada kat dalam dewan tapi pukul 9 lebih baru nak masuk dewan..huhu..
lepas je 10 minit tunggu vvip, baru la kami memulakan persembahan cinta sayang untuk vvip, pengarah dan lain-lain.. lepas je vvip dah masuk, kitorang bangun untuk menyanyikan lagu negaraku dan lagu negeri politeknik.. lepas tu kami semua diminta duduk.. lepas tu ucapan daripada pengarah.. kemudian ucapan perasmian esco negeri perak... lepas abis je ucapan tu, penyampaian anugerah konvo dimulakan.. kitorang men kan la lagu kenek-kenek udang dan bila abis je, muzik asli plak yang menkan lagu menjeling-menjeling ku bertentang... lepas abis je muzik asli buat persembahan lagu gurindam jiwa yang dinyanyikan oleh abang muhsin dengan kak wawa... lepas lagu tu, dorang mempersembahkan lagu nazam berkasih yang dinyanyikan oleh kak wawa.. lepas tu kitorang sambung balik men caklempong... penat woo... kaki ni lenguh-lenguh.. badan jadi straight je.. rase macam nak je orang tolong urut kat belakang badan nie... lepas je penyampaian tu kitorang plak buat persembahan lagu nsvc atau cinta manis... terketar-ketar nak ketuk benda alah tu.. ramai yang rakam tau.. da r tersilap sikit.. nasib bek cepat cover balik.. lepas tu lagu cekmek molek ganding dengan muzik asli.. yg first tuk menkan lagu nie boleh la.. bila second waktu petang tu, dapat sambutan hangat.. apa- apa pon kitorang dah lakukan yang terbaik untuk politeknik sultan azlan shah.. majlis habis pukul 5 ptg.. apalagi, kitorang pon tangkap gambar ramai-ramai.. best giler.. macam artis pulak nak tangkap gambar banyak-banyak.. lepas tu ade plak abg konvo nak tangkap gambar dengan kitorang.. huhu.. famous kowt.. huhu.. gambar-gambar yang kitorang dah tangkap tu, blom upload lagi.. nanti kalau aku ade masa aku masukkan gambar tu ok... chow chin chow.. wassalam...

February 27, 2011

raptai caklempong untuk majlis konvokesyen yang ke 7 di Politeknik Sultan Azlan Shah

hari ni memang penat sangat-sangat... sebab dari pukul 2 petang, aku dengan kawan-kawan caklempong tunggu untuk raptai pada petang nie.. sewaktu memulakan, naib pengarah, ntah aku pon tak taw ape nama dia.. marah-marah pada mc dan yang lain-lain.. sebab main-main dalam raptai.. cakap pon tergagap-gagap.. lepas tu dia cakap tak malu ke kat budak-budak muzik asli dengan budak-budak caklempong.. dari pukul berapa diorang main.. kalau diorang boleh buat kenapa mc tak boleh buat.. ceh.. waktu tu teras hidung ni kembang sepinggan sebab kena puji macam ni.. habis raptai pukul 5petang... lepas tu makan - makan... aku makan agak banyak hari nie.. makan mee goreng... lepas tu tapow untuk kawan-kawan.. aku rasa mesti ada yang belom makan lagi.. hari ni ada bazar konvo.. aku beli dadih 5 cawan.. 1 bagi kat kawan-kawan aku.. yang mee goreng yang aku tapow tu, aku bagi je kat kawan - kawan aku sebab aku dah kenyang sangat-sangat.. mesti jadi gemok aku kali ni.. tak pe la... nanti aku tak payah makan 2bulan.. nak kurus punya pasal.. okey la.. aku nak masuk tidur nie.. chau chin chow... wassalam...

February 24, 2011

persembahan caklempong untuk majlis anugerah ketua jabatan bagi tarikh 18/2/2011 jam 2.30 ptg....

semasa ketibaan vip, pengarah, dan juga meteri kebudayaan negeri perak, suasana agak suram sedikit sebab aku nervous dan ahli caklempong pon nervous jugak... mana tak nye.. ramai yang ambik anugerah time tu.. aku baru first time nak buat persembahan caklempong ni... huhu.. selepas je vip masuk, kitorang diminta berdiri untuk menyayikan lagu negaraku bagi memulakan majlis ini.. selepas tu, ucapan daripada pengarah politeknik memberikan tip-tip untuk menjadi pelajar cemerlang ... terpegun melihat setiap butir bicaranya mebuatkan aku insaf dan ingin juga menjadi pelajar cemerlang suatu hari nanti... aku tau aku akan ada masa depan yang cerah walaupun belajar di politeknik... aku akan buktikan pada semua orang yang aku pon boleh berjaya dan teringin jguak aku nak ambik anugerah macam senior2 lain... selepas je ucapan dari pengarah, tepukan gemuruh diberikan kepada beliau.. selepas tu, acara penyampaian sijil tuk mereka yang berjaya diberikAN... dan kitorang pon mulakan la persembahan kitorang... terketar2 tangan ni sewaktu mainkan tingkah ni.. aku main tingkah.. senang sikit la... tapi aku ade jugak yang silap sikit... maklum r ... baru first time main di majlis anugerah ni.. bila nak tukar satu lagu ke satu lain,. jadi kelam kabut sikit... ntah la.. en yazit bagi isyarat tangan ingatkan suruh berhenti.. rupa2nya suruh perlahankan bunyi je... menandakan bertukar lagu lain... lepas je abis lagu tuk iringan penyampai anugerah... kitorang mainkan lagu tuk persembahan pulak... lagu cek mek molek memang susah sikit.. alhamdulillah, aku akhirnya boleh jugak buat lagu persembahan tu dgn diorang... aku cuma takut aku silap je waktu nak main lagu tu... habis lagu persembahan kene sambung balik... leceh r.. penat pon ada.. sakit kaki ni duduk lama2... dari pukul 2.30 sampai pukul 4.30 baru habis... habis je semua dah selesai, kitorang makan sikit.. ala, piza buatan sendiri, kecik molek tu je dgn air kotak soya 1... tapi, tak pe la.. at least aku dapat pengalaman yang berguna... aku takkan lupa pengalaman nie sampai bila2...huhu.. k r.. nak chow ni... aku buat luahan hati aku nie pon kat cc library... nak kene balik nie.. lambat karang sampai bilik asrama.. nak study agy..huhu.. wassalam..

February 1, 2011

semasa berada di kem kemahiran pada 28/1-30/1/2011











best sangat-sangat masa tu.. ni ada gambar-gambarnya...

KEm lencana kemahiran 2011 - sungai semak, tanjung malim


selepas seminggu pergi ke kem virgil di hutan rimba komenwel, ini lah saat berada di kem kemahiran... memang seronok sangat-sangat.. semasa pertama kali menjejakkan kaki di situ,kami dipecaH-pecah menjadi kumpulan.. aku dengan 3 orang perempuan diminta memasak nasi.. hehe...best tau.. tak payah buat keje berat-berat...



pada malam tersebut, kami diminta membuat poinering setinggi pokok durian.. perh.. memang tinggi.. selepas ditugaskan membuat poinering tu dalam masa beberapa jam sahaja, poinering itu sudah siap.. aku cukup kagum dengan hasil usaha mereka.. cuma poinering kumpulan aku tak berapa ok sebab hanya beberapa kerat je yang membuat poinering itu.. aku, nawi, syukor , sirajuddin , hani, ili dan 2 orang yang mneyuluh... selepas itu cuma aku , nawi, syukor dengan sirajuddin yang masih bertahan membuat poinering itu.. tapi alhamdulillah.. semuanya sudah selesai.. selepas itu kami berkumpul untuk istiadat pagi.. selepas itu, kami berkumpul di dewan untuk belajar cara menggunakan kompas.. memang agak mencabar la... aku dengan kumpulan 3 0rANg india dan yang lain-lain kumpulan ditugaskan untuk mencari tempat di mana bearing telah diberikan... kumpulan aku telah sesat.. tak tau la macam mana.. aku mana pandai sangat dalam menggunakan kompas..

tapi, budak- budak india tu cakap dalam bahasa diorang, mana la aku faham sangat.. apa- apa pon, memang best.. selepas itu, kami diminta untuk menganggarkaN ketinggian pokok... lagi r aku tak berapa reti..
aku menyuruh fadli mengajar aku cara menganggarkan ketinggian pokok..alhamdulillah.. akhirnya aku faham juga.. lepas tu diajarkan cara mengaanggar kan kelebaran sungai.. tercengANg-cengang aku melihat mereka yang pandai menganggar sungai tu.. aku la orang yang paling last menganggar sungai tu.. tapi ok la.. aku faham jugak kan...lepas tu, kitorang diminta untuk makan dan rehat... lepas tu diajarkan kawt tongkat.. waktu tu hujan... kitorang terpaksa kawat dalam dewan.. lepas tu kitorang buat kawat tongkat macam - macam ragam...

rusuuuuuuuuukkkk tuuuuulllaaannnnggggg!!!
rasuuuuuuukkkkk tonggkkkkkaaaatt...
junjuuuuuuunnggggg tongkkkaaaaatt...
jimmmmmbiiiitttt tongkaaaat.....
tennnnnaaaaannnnnggggkkkaaann diiriii...

memang lucu r... tapi nasib baik aku tak tershashul sangat... aku pon gelabah nak bagi koman macam tu...
selepas tu , kami diberi masa untuk berehat dan buat buku log.. tapi, diberi masa 2 minggu untuk mewnyiapkannya...
selepas itu aku dan kumpulan aku membuat gejet yang tak mula satu ape pon.. memang gelabah giler r... nasib baik siap juga walaupun ala kadar yang kami buat... nak buat macam mana kan... tak palnning betul-betul... memang best sangat-sangat... nanti aku akan pergi lagi kem kembara minggu ni ... sebab aku memang suka bercamping ni...yang ni ada sedikit gambar yang telah diambil...